Tuesday 29 August 2017

Kisah Seram Yang Rasanya Mcm Seram !

Assalamualaikum wbt hadirin hadirat sekalian...


Okay for this entry aq nak berkongsi pengalaman seram aq sepanjang belajar di Sekolah Menengah Teknik Langkawi. Haaa siap mention nama skolah nyahh. Hahaha sapa2 yg pernah study dkt skolah nie tahu lerr cerita2 seram nie. Pada yg suka dgn kisah2 seram sila baca dgn sabar dan tekun. Dan pada yg lemah semangat tu pandai2 engkorang laa. Sya tak beranggungjawab 😝. 


Okay hari tu aq ada cerita pasal hantu bdk lelaki, mawar, dayang istana dgn hantu bdk perempuan di ampaian kan. Haaa today ai nak story pasal kisah aq diganggu tengah malam. Masa kejadian tak ingat tapi berlaku tengah malam. Dia main tarik2 selimut kauuu. Haaaa. Sakit hati. Masa aq tgh syokk2 tdoq tu aq terjaga sbb sejuk. Katil aq nie berhadapan dgn tingkap dan yg paling tepi. Nasib aq sbb dpt katil hujung. Tak guna.... Okay mlm tu angin sedang2. Tirai bertiup lembut jaaa. Masa aq terjaga tu aq pelik kenapa selimut aq duduk elok ja hujung kaki. Selimut tu bkn dlm keadaan serabut atau sepah2 tp dia elok ja dkt hujung kaki. 

Aq dgn tak fikir apa2 dan tak lah syak yg bukan2 so aq bgn tarik balik selimut tu. Mmg tak pandang kiri kanan dah sbb gelap kan. Bayangkan bilik tu besaq, tingkap yg di depan aq tu pun besaq dgn tirai bergerak2 kau rasaaa.... Okay lepas aq tarik semula selimut tu dgn tiba2.... Jeng jeng jeng........ Haaa tiba2 rasa seram tu mai. Tak taw lah pasai pa. Huishh meremang bulu roma. Terus aq baring and cuba nak tdoq. Tapi malangnyaa tak boleh tdoq. Terpaksa lah tdoq2 ayam dan buat2 steady. Jantung dah dupdapdupdap dah. Peluh jgn ckp lah. 

Lepas tu rasa mcm ada org tarik selimut. Bapakk arhh. Nak jerit nak bersuara tp mcm tersekat2 ja dkt kerongkong. Mulut terkunci. Dia main tarik2 selimut woiii. Kalau org aq bgn sepak dah. Nie benda lain nak boleh buat apa. Mengeras laa sorang2. Hahahaha. Aq pun tak taw pukul berapa aq terlelap bukak2 mata ja dah pagi. Terus aq cerita dkt member. Semua tercengang, mulut masing2 ternganga. Hahaha. Nasib aq lah mlm tu kena kacau. Sabo jer lah. Tapi aq dikira bernasib baik jugaklah sbb dia main tarik2 selimut ja bkn skali package nampak rupa dgn suara. Maw tercirit demam seminggu kalau jadi. Mungkin disebabkan bdn terlalu letih and tdoq tak basuh kaki sbb tu lah kut kena kacau. 

For the next night, haaaaa taw aq buat apa. Hahahahaha. Aq ikat hujung selimut tu dkt jari aq. Dgq mcm lawak kan. Haa hampa jgn gelak sbb nie salah satu langkah berjaga2. Kalau2 dia main tarik2 selimut aq akan sedaq sbb ya lah mesti tgn aq bergerak skali so sempat lah aq tarik balik selimut tu tak payah laa nak kena bangun then tarik balik. Buatnya bangun2 tu muncul depan mata buat tukcak2 pulakk jahanammm. Tak pasal mlm tu satu asrama kecoh. Dah kena stay up baca yassin ramai2. Pagaq asrama pagaq bilik tapi tetap jgk kena ganggu kena kacau kena rasuk mcm2 kena lah. Penat pun ada jgk sbb benda2 hantu jin syaitan nih. 

Banyak lagi sebenarnya benda jadi sepanjang tempoh 2 tahun aq study dkt SMTL tu. Ermmm jap nak ingat2 balik apa lagi yg jadi 😒.......

Okay ingat balik dah. Haaa nie cerita dari kwn aq lah. Benda nie aq tak nampak tapi kwn aq si A nie yg nampak. Dia nampak ada sorang bdk lelaki pakai baju skolah putih jalan skali dgn bdk2 lelaki yg lain dlm keadaan yg scaryyyy. Okay aq cerita sikit k bagaimana rupa beliau. Kusut, baju koyak rabak, pucat, dan tak pasti bagaimana keadaan muka beliau sbb dia jalan dlm keadaan tunduk muka ke bawah. Okay clear kan? Haa kami tgh makan masa tu. Bdk2 laki yg dah selesai mkn akan bwk tray masing2 ke belakang. Masa otw nak bwk tray tu lah si A nie nampak bdk lelaki tu.

Si A nie pun tanya lah kami2 nie. Nampak tak bdk lelaki tu sbb nampak pelik. Dia sorang ja pakai baju skolah tu. Mcm baju skolah lama sbb bdk2 teknik pakai baju korporat oren bkn baju kemeja putih tu dah. Kami yg tgh2 sedap makan tu tercengang. Hahaha tak lalu mkn terus. Semua diam. Okay so terjawablah persoalan si A nie ttg identiti bdk lelaki tersebut. Hahaha. Pelik betul ptg2 mcm tu pun benda2 tu nak muncul. Keras betul.

Kalau nak cerita suasana di belakang dewan makan tu hmm mmg tak akan ada yg berani ke situ malam2. Tapi aq story sikit lah dah alang2 kan. Huhu. Okay belakang dewan makan tu ada satu pokok nie. Tak besar tak kecik sedang2. Dkt bwh pokok tu ada busut. Haaaaa dkt busut tu lah org akan nampak "benda" bagi yg ada sixth sense lah. Salah satunya nampak Pocong tgh berdiri. Jarak pokok tu dgn sinki tempat kami letak tray tu tak jauh pun. Dlm 10 ke 15 langkah ja. So dekat kan... Haa bagi yg selalu turun supper tu yg suka lepak dkt dewan makan malam2 especially masa cuti haa kemungkinan lah akan kena kacau. KEMUNGKINAN SAHAJA. Kadang2 bergantung kpd nasib jgk. Kalau dah nak nampak tiap hari tu hahaha redho ja lah.

Malam2 akan kedengaran anjing2 menyalak bersahut sahutan dgn dendangan muzik asli. Hahaha. Layannnn. Tutup telinga pun still akan dgq. Dan bulu2 roma pun mulalah merinding meremang meee apa lagi.. Mcm2 lah akan berdiri. 😂😂. Haa lawak2 jugak dah kena baru berakai. Kuangg kuangg kuangg....

Okaylah rasanya dah cukup utk entry kali nie. Nanti kalau aq dah ingat cerita2 yg lain aq share lagi k 😉

Tata...

No comments:

Post a Comment

BOLA2 API

Assalamualaikum pembaca2 blog yang setia & gigih untuk baca cerita2 mak nenek nie. 😉😉. Okay pagi nie aku nak share cerita mengena...