Wednesday 16 August 2017

Kisah Budak Asrama

2012 - 2013 ~~~~

1. Hantu berbulu
2. Budak warna biru dkt bengkel kayu
3. Hantu bdk pompuan dkt ampaian
4. Mawar
5. Dayang Istana

Masa nie aq form4. Duk study dkt skolah teknik Langkawi. Of course stay asrama maklumlah rumah dkt seberang sana. Bagi yg pernah duduk asrama mesti hampa ada dgq banyak kisah2 seram cerita2 hantu segala mak nenek lah yg berkaitan dunia mistik nie. Haa best kannn. Hahaha bagi aq benda2 pasai hantu, jin nie menarik sbb tu aq suka ambik port. Huhu. Okay nie nak cerita bagi lah norh nak kongsi2 haaa. Pengalaman aq sepanjang 2 tahun study dkt sana mmg best mmg ohsemmm lah. Antara yg paling best mestilah sbb ada hantu. Tapi bagi yg jenis tak boleh dgq langsung pasai nie mesti akan cabut dari skolah tu sbb tak tahan kena kacau.

Okay dah banyak muqadimah aq rasa. Aq straight to the point k. Satu hari nie aaaa ptg kalau tak silap aq. Masa nak prepp. Masa minum ptg tu, aq turun pi dewan makan sorang2 lah sbb nak jumpa member. Hehe. Okay lepas jumpa member aq tu ada laa sikit salah faham then dgn perasaan yang sangat2 marah aq lari naik bilik. Okay nak dijadikan cerita masa tu aq pun tak pasti knp aq tersangat marah sdg kan bkn bergaduh benda besaq. Okay tak pa. Masa aq nak cabut balik tu bdk yg tgh makan dlm dewan makan tu ternampak something dkt pintu yg aq guna masa keluaq tu. Bdk yg nampak tu kwn aq jugak. Kalau tak salah dia bdk bakeri haa senior lah. Dia nie bdk silat gayong so normal lah kalau nampak benda bukan2. Okay masa aq lari keluaq tu dia nampak ada benda putih dkt tepi pintu ikut aq skali. Tak pasti dgn cara apa. Tapi yang pasti benda tu follow aq sampai masuk dlm bilik.

Haaa nie cerita dlm bilik. Okay dlm bilik aq nie ada sorang bdk nie mmg supernatural punya org. Dari kecik dah boleh nampak benda2 ghaib. Sixth sense.... Haaa nak dijadikan cerita masa aq bkk pintu tu semua pandang aq. Aq? Buat mcm tak dak apa. Dgn muka bengis, marah2 masuk duduk atas katil diam2. Haa masa tu lah si bdk pompuan nie nampak ada satu benda warna hitam dkt bawah katil. Huishhhh mmg seram masa tu. Satu bilik aa 14 org. Haa ramaikan. Okay nie sambungan hat tadi nie yg aq cerita tu. Lepas aq naik pada dewan makan tu aq rasa mcm panas, rasa bahang satu badan. Member2 semua berkumpul dkt satu katil. Depa duk bisik2 natang apa ntah then si bdk paranormal nie pggl aq. Aq pun dgn tak syak apa2 pi lah dkt dia. Si bdk A nie bagi taw "tu ada benda bawah katil hg". Fuhhhhh peluh tiba2 merecik2. Haaaa terkejut nak mampus. Semua pakat tgk aq. Okay mmg tak tentu arah dah. Gelabah. Si A nie ckp jgn marah2. Benda tu suka. Si A nie siap bagi gambaran pasai makhluk tu. Rupa dia berbulu, mata merah, gigi taring dgn berlendir kat keliling mulut and bentuk dia bujur dan tak ada kaki. Jantung aq tak payah ckp laa dupdapdupdap mcm baru lepas marathon.

Okay itu baru cerita hat no 1. Okay ini cerita hat no 2 pulak. Kejadian nie berlaku masa dkt bengkel. Kedudukan bengkel aq nie mmg nice. Hujung, tinggi, berbukit sikit, view kat luaq kawasan tu cantik. Ada pokok2 besaq. Haaaa pokok2 besaq nie pagi2 tengah hari cantik laa bila mlm hahaha jengjengjeng.... Seram toq... Okay aq dlm bengkel masa nie tgh ada subjek lah. Okay kami nie kena buat kerja amali. Nak dijadikan cerita aq dgn member2 pi bengkel sebelah nak ambik kayu. Haa yg bkk pintu bengkel tu kwn aq laki. Kami hat pompuan2 nie tunggu kat belakang ja. Masa pintu bengkel tu diangkat, kwn aq si A nie nampak satu bdk laki duduk dkt bahagian atas rak kayu tu. Warna biru and pucat2 sikit. Dia ckp masa pintu tu bkk dia rasa mcm ada angin sepintas angin lalu. Kami nie hat tak nampak apa2 tu mmg tak rasa apa2 lah kan. Then kami balik semula masuk dlm bengkel tempat study tu. Masa tgh buat lukisan aq rasa panas. Padahal duduk bwh kipas. Tengkuk rasa lenguh2. Kwn aq si A nie tak pandang aq sampai aq mintak pemadam pun dia tak tgk aq. Pelik. Tapi masa tu aq tak syak apa2 pun. Buat dont know ja. Then dia mcm jarak kan sikit kedudukan dia dgn aq. Pastu dia asyik pandang tempat lain jaa. Then masa aq tgh melukis tu lengan kiri aq lenguh sangat2 sampai nak terjatuh sebelah.

Lama2 sikit baru lah rasa ringan and tak terasa panas tu. Haaa masa tu lah baru si A nie berani pandang aq. Dia bagi taw yg ada bdk laki warna biru duduk atas bahu aq. Kaki panjang sampai ke lutut. Tercengang aq dgq. Terdiam terus. Patut lah dari mula tu dia tak berani pandang aq langsung. Jeling pun tak. Siang2 hari pun ada. Pelik jgk aq. Tapi yg lagi peliknya knp mesti aq 😠😠 banyak lagi bdk pompuan yg lain. Haishhh.

Okay nie cerita no 3. Pasal hantu bdk pompuan dkt ampaian. Okay yg ini bkn aq yg nampak tp kwn aq si A. Masa nie otw nak smbhyg maghrib. Tak ingat pukul berapa. Tapi mastu tu semua org tgh tunggu dlm surau nak smbhyg. Kami bdk2 dorm1 nie selalu turun awal lepak dlm surau sembang2 gosip2.. Haaa. Masa nie si A duduk dkt pintu iaitu di saf paling depan. Langsir terbukak sikit. Masa nie lah dia nampak sorang bdk pompuan pakai baju skolah rambut paras tengkuk and ada gunting pokok yg besaq tu tercucuk dkt pinggang. Makkkkk aii seram gila lepas dia cerita rupa bdk pompuan tu. Katanya bdk pompuan tu pandang dia. Terus si A nie tutup langsir. 

Nie cerita no 4 pulak. Mawar. Bkn mawar berduri k. Nie mawar seram. Yg nie kisah si A dgn si mawar. Katanya si mawar nie dtg dari tempat dia tinggal lagi sebelum masuk stay asrama tu. Si mawar nie suka dkt si A nak berkawan katanya. Okay aq cerita dulu k rupa dia. Bak kata si A mawar nie cantik, berkebaya merah dan bersangul rapi. Satu hari aras 2 nie air tak dak. Kami pun pakat2 lah turun mandi dkt bilik basuh aras 1. Mandi ramai2 lah. Okay kedudukan bilik basuh nie dkt belakang. Pastu luaq dia tu ampaian lama and mcm semak2 sikit lah. Jarang bdk2 asrama nak sidai baju dkt situ. Dah laa sunyi. Seram pulak tu. Masa tu ptg dah hampir2 nak mlm. Masa kami tgh seronok2 mandi tu si A nie ternampak sorang pompuan pakai kebaya merah berdiri dkt tepi pokok jambu tgh tgk kami semua. Cepat2 si A nie suruh naik cpt. Dia tak bagi taw knp cuma suruh cpt ja. Kononnya dah nak mlm. Masa si A nampak tu tinggai kami2 ja bdk2 dorm 1 yg lain sudah dah mandi. Aq nak sidai kain batik masa tu mmg kena berdiri mengadap pokok jambu tu lah. Masa aq tgh sidai tu lah dia nampak mawar. Ya Allah terkejut bila dia bagi taw. Sbb jarak pokok tu dgn ampaian yg aq sidai kain batik tu tak jauh cuma dlm 3,4 langkah ja. Mmg dkt lah jawabnyaaa. Gila babengg arh. Mlm tu terus tdoq dkt2 dgn member katil sebelah. Satu katil dua org tdoq. Hahaha.

Okay itu cerita masa mawar menjelma dgn rupa yg cantik menawan. Complete. Haa nie satu hari tu si A dgn si B (bdk dorm aq jgk) nak balik bilik lah lepas mandi. Si B nie masuk lah dlm bilik stor. Tmpt simpan bagasi and barang2 lain. Si A tunggu dkt luaq. Kedudukan bilik stor nie berhadapan dgn toilet kami. Stor nie pintu tak dak rosak. Si B nie otw nak keluaq pada stor lepas dah ambik barang. Masa tu lah si A nie nampak mawar cuba nak capai kaki si B. Masa tu rupa mawar nie sangat3 menggerunkan. Rambut mengurai panjang dan mengesot. Muka tak payah ckp lah mmg buruk. Apalagi cabut lari dua2 org tu. Masuk bilik dgn muka berpeluh2 mcm kena kejaq anjing. Bdk2 bilik lain terkejut lah. Si A cerita sikit lagi mawar tu nak capai kaki si B. Haaa semua diam membatu. 

Okay last... Nie cerita pasal dayang. Tak pasti lah dayang istana ka apa ka tapi menurut cerita si A pakaian mmg nampak mcm org2 istana dulu2. Warna kuning dan berselendang. Cantik. Masa si A nampak nie kami semua dlm surau. Mcm biasa tgh tunggu nak smbhyg maghrib. Kali nie si dayang tu berdiri mengadap kami semua. Dia berdiri depan rumah warden. Si A nie tgk ja sbb dia menjelma dlm keadaan elok and just berdiri tgk kami semua. Pastu hari seterusnya, kwn aq mimpi nampak dayang tgh menari2 dkt tempat rocall. Dari apa yg dia cerita dayang2 tu tak buat apa cuma menari gaya org2 lama. Bagi aq benda nie seram jgk lah sbb tgh2 malam mimpi mcm tu. Basah jgk lah baju kalau aq yg mimpi masa tu. Hahaha. 

Okay next story coming soon.. Banyak lagi kisah2 seram yg aq nak kongsi selama aq study dkt teknik langkawi dulu. 



No comments:

Post a Comment

BOLA2 API

Assalamualaikum pembaca2 blog yang setia & gigih untuk baca cerita2 mak nenek nie. 😉😉. Okay pagi nie aku nak share cerita mengena...