Sunday 10 September 2017

BOLA2 API

Assalamualaikum pembaca2 blog yang setia & gigih untuk baca cerita2 mak nenek nie. 😉😉.

Okay pagi nie aku nak share cerita mengenai hantu. Hantu apa? Tak pasti. Tapi orang kampung panggil BOLA API. Bukan BOLA2 cinta k. Haa jangan confuse pulak. Entry sebelum2 nie aku banyak cerita pasal hantu2 yang dah sinonim dengan rakyat Malaysia kan. Okay kali nie pun lebih kurang macam yang sebelum nie cuma benda nie jarang berlaku ja. 

Cerita nie dah jadi lama dah. Arwah ayah aku yang nampak benda nie. Masa kejadian malam selepas balik dari sembahyang Isyak. Dia naik moto otw nak balik rumah lah. Malam tu kebetulan arwah ayah aku nie dia balik ikut jalan kawasan kubur. Entah macam mana lah malam tu boleh terpkiaq nak lalu ikut situ. Haa tengah2 duk bawak moto tu dia ternampak satu benda bulat sebesar bola sepak terbang lintas depan mata ke pokok. Haaa berapi2 lagi.

Tapi biasalah orang2 masjid nie setakat benda2 macam tu tak gerun laa. Kalau aku yang nampak masa tu rasanya dah terbabas langgaq pokok.
Aku nak gambarkan pun macam susah sebab bola api nie aku pun tak pasti apa sebenarnya. Tapi apa yang aku boleh gambarkan ialah spesis penanggal jugak lah.
Dia tak ada pulak bunyi2 pelik macam sesetengah makhluk yang lain.
Tiba2 sapppppp lintas depan mata.

Okay cerita kedua nie pulak abang ipar aku yang nampak. Tempat kejadian di rumah sendiri. Haishh kenapa lah mesti di rumah sendiri 😒. Nampak benda sama bola api jugak. Abang ipar aku nie pekerjaan dia M.A dekat hospital kangar. Malam kejadian tu dia balik lewat sebab ada jamuan makan-makan dekat tempat kerja dia. Tak ingat jam berapa dia balik tapi lewat jugak lah daripada biasa. Masa dia sampai depan rumah tu dia tak masuk terus dalam rumah sebab ada anak kecik kan. Orang yang kerja hospital nie faham2 lah situasi macam mana. Takut2 terbawa balik member ja. Huhu. Depan rumah aku nie ada pokok jambu. Rendang. Dia berhenti and parking moto dekat bawah pokok jambu nih. Elok2 dia sampai ja enjin moto pun tak mati lagi dia nampak satu benda terbang. Berapi-api.

Katanya bola api tu datang dari arah bukit gua sami. Terbang melintasi bumbung rumah and then menjunam masuk dalam sawah padi. Disebelah tepi rumah aku nie bendang. Haa bola api tu jatuh betul2 dekat bendang tu. Dia jadi macam abu macam bekas orang habis bakaq sampah. Haaa dia berkecai2 warna hitam. Lebih kurang macam tu lah rupa dia sebelum terpadam. Jenis abang ipar aku nie memang seorang yang berani and tough. Dia boleh tunggu tengok bola api tu sampai terpadam. Kalau aku laa dah lari tak cukup tanah. Takut punya hal.

Okay habis ja dia tengok benda tu, dia masuk rumah. Kebetulan masa tu aku tak tdoq lagi tengah buat assignment. Jadi aku lah yang jadi tukang bukak pintu. Mak aku pun tak tdoq lagi masa dia nampak tu. Masuk2 ja dalam rumah, dia tanya "mak dengan adik tak dengar apa2 bunyi pelik ka? Kami dengan tak syak apa2 terus say no lah. Then dia cerita yang dia nampak benda terbang. Okay terdiam kami. Esok pagi tu aku google3 sampai lah terjumpa satu artikel nie. Artikel mengenai hantu penanggal. Seramm nakkk oii bila tengok gambaq dia. 


Image result for hantu penanggal

Nahh aku lanjerr satu gambo hantu penanggal.
Dari apa yang aku duk godek2 dalam google tu aku dapat lah info pasal hantu penanggal nie.

Apakah sebenarnya hantu Penanggal? Adakah ianya benar-benar hantu atau sekadar manusia biasa yang mengamalkan ilmu salah dan menjadikan syaitan sebagai sekutunya? Artikel kali ini akan membawa anda untuk mengenali lebih lanjut mengenai siapa sebenarnya hantu Penanggal, cara-cara perlindungan daripada Penanggal tersebut dan juga kaedah untuk menghapuskan atau membunuh Penanggal.

Hantu Penanggal merujuk kepada seseorang, biasanya wanita yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan seperti bagi membantunya mengekalkan kecantikan diri, membunuh musuhnya, menjaga tanaman dan haiwan peliharaan daripada pencuri dan lain-lain lagi. Mereka yang menuntut ilmu hitam ini mampu menceraikan kepala daripada badan dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut yang terburai-burai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan boleh menyebabkan penyakit kudis kepada mereka yang terkenanya. Ketika Penanggal terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Untuk mendedahkan siapa si pengamal ilmu penanggalan ini, semasa Penanggal itu keluar mencari mangsa, tubuhnya yang tiada kepala tu diterbalikkan. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik dan dengan itu rahsia mereka yang mengamalkan ilmu Penanggalan akan terbongkar.

Mereka yang menuntut ilmu Penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka di rumah mereka. Cuka ini berfungsi bagi merendam urat perut Penanggal selepas mereka makan agar kecut sebelum bercantum masuk kembali ke dalam badan asal mereka. Proses pencantuman semula akan lebih mudah dengan isi perut yang telah kecut direndam dalam cuka itu tadi. Justeru, jika diletakkan pokok atau daun berduri seperti daun mengkuang pada mulut tempayan cuka tadi, Penanggal tidak dapat masuk ke dalam tempayan itu kerana ia takut dengan duri dan hanya mampu berlegar-legar di sekitar tempayan itu sampailah penat. Ketika azan subuh berkumandang Penanggal akan terbakar dan mati.

Semua benda hidup memerlukan makanan begitu juga halnya dengan Penanggal. Makanan utama penanggal ialah darah. Penanggal dipercayai menggemari darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Selain darah, uri dan bayi yang masih berada di dalam perut ibunya juga kadang-kadang turut menjadi mangsa santapan penanggal yang kejam. Pada masa dahulu kebanyakan rumah dibina bertiang, oleh itu, biasanya di sekeliling rumah wanita bersalin, diletakkan daun mengkuang yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut pada duri tersebut.

Penanggalan bukan sahaja dituntut oleh wanita, malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya. Daerah Kota Belud, Sabah amat terkenal dengan balan-balan iaitu penanggal versi lelaki. Bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan ilmu penanggalan kepada keturunan mereka melalui makanan. Ada sesetengah masyarakat mengatakan bahawa penanggalan datang dari orang yang menuntut ilmu hitam, selalunya terdapat di kawasan pendalaman.
Kaedah paling biasa dalam kisah rakyat bagi melindungi dari serangan Penanggal adalah dengan menyelerak daun mengkuang yang memiliki daun berduri yang akan mencederakan atau memerangkap isi perut, jantung, perut dan paru-paru Penanggal yang terdedah ketika ia terbang mencari mangsa. Daun berduri ini akan diikat pada tingkap rumah bagi memastikan ia memerangkap isi perut Penanggal. Ini biasanya dilakukan pada rumah wanita yang baru bersalin.
Walau bagaimanapun, cara ini tidak akan membantu bayi sekiranya Penanggal memasuki rumah melalui lantai papan. Disebabkan rumah tradisi Melayu yang bertiang, dikatakan beberapa bulan sebelum kelahiran, kaum keluarga wanita hamil akan menanam nenas di bawah rumah. Buah dan daun nenas yang berduri akan menghalang hantu penanggalan dari memasuki bawah rumah. Apabila terperangkap, Penanggal yang menyerang kemudian boleh dibunuh dengan menggunakan senjata tajam seperti parang. Sebagai perlindungan tambahan, wanita mengandung akan meletakkan gunting atau kacip pinang di bawah bantal, kerana Penanggal dikatakan takut pada benda-benda tajam sebegini.

Artikel nie aku godek2 dalam google ja. Kalau you allssss nak taw dengan lebih lanjut boleh laa ringan2 kan tangan untuk search sendiri. Apa kaitan bola api dengan hantu penanggal? Hmmm sebenarnya aku research pasal bola api nie tak banyak sangat keluar and tak paham. Then cari punya cari punya cari last2 keluar pasal penanggal. So aku buat kesimpulan sendiri yang bola api nie adik beradik jugak lah dengan si penanggal nih. Fuhhhh kalau betoi lah bola api nie lebih kurang dengan penanggal mintak simpang lah nak nampak. Tak diberi kekuatan lagi 😂.

Bagi aku semua benda2 nie tak mustahil untuk muncul cuma ada luck dengan tak ada ja untuk nampak. Huhuhu.

Sekiannnnn ~~

No comments:

Post a Comment

BOLA2 API

Assalamualaikum pembaca2 blog yang setia & gigih untuk baca cerita2 mak nenek nie. 😉😉. Okay pagi nie aku nak share cerita mengena...